Tubuh pasukan petugas khas di pelabuhan strategik

LocalPolitics
15 Jul 2026 • 9:09 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Tubuh pasukan petugas khas di pelabuhan strategik
Abd Halim (kiri) menerima kunjungan hormat Amran di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada Rabu. Foto SPRM
Image from: Tubuh pasukan petugas khas di pelabuhan strategik
Abd Halim (kiri) menerima kunjungan hormat Amran di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada Rabu. Foto SPRM

PUTRAJAYA – Pasukan petugas khas dicadang untuk ditubuhkan bagi memantau aktiviti penguatkuasaan dan kutipan cukai di pelabuhan strategik negara.

Cadangan itu dibincangkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abd Halim Aman ketika menerima kunjungan hormat Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Datuk Amran Ahmad di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya di sini pada Rabu.

Menurut Abd Halim, SPRM bersama JKDM turut berkongsi dan bertukar pandangan mengenai cabaran dalam pelaksanaan tugas khususnya aspek urusan pemeriksaan kastam serta cabaran kerenah birokrasi termasuk pelbagai isu domestik JKDM.

Pertemuan strategik yang berlangsung selama satu jam itu menjadi platform perkongsian dua hala mengenai peranan dan fungsi JKDM.

**media[3583618]**

Ini termasuklah membincangkan mekanisme untuk membanteras ketirisan pengurusan kontena yang di bawah bidang kuasa JKDM di pelabuhan-pelabuhan seluruh negara.

Sementara itu, Amran berkata, JKDM turut mendedahkan taktik sindiket yang mengelak daripada pembayaran cukai termasuklah kes penyeludupan dan pemalsuan maklumat atau dokumen di bawah kelulusan berbeza.

Beliau berkata, selain itu JKDM turut mengesan modus operandi pengisytiharan palsu wang tunai di mana jumlah yang dibawa masuk diisytiharkan pada kadar yang jauh lebih rendah berbanding sebenar.

"JKDM mengalu-alukan penglibatan SPRM dalam pembudayaan integriti menerusi ceramah antirasuah kepada warga JKDM," ujarnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved