TUDM Bangunkan Senjata Laser Anti Dron Buatan Malaysia Sepenuhnya

LocalTechnology
26 Jun 2026 • 2:56 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Konflik Iran, Ukraine dan Nagorno-Karabakh menunjukkan bagaimana armada dron yang murah mampu menyebabkan kemusnahan pada sistem senjata konvensional. Maka pelbagai sistem pertahanan anti dron telah dibangunkan dalam bentuk peluru berpandu, MANPADS dan juga sistem laser.

Di acara Malaysia Aerospace Summit 2026 (MyAERO), pihak Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah memperlihatkan sistem anti dron pertama buatan tempatan. Sistem Birdie-X menggunakan laser untuk menangkis dron di ruang udara. Ia adalah hasil kerjasama TUDM dengan Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE), dan Benua Defence sebagai penyelesaian kos rendah untuk ancaman drone moden.

Image from: TUDM Bangunkan Senjata Laser Anti Dron Buatan Malaysia Sepenuhnya
Birdie-X – Gambar oleh Utusan/Shaikh Ahmad Razif

Dalam laporan NST, Birdie-X menggunakan laser berkuasa tinggi dengan kos operasi hanya ratusan ringgit setiap tembakan. Pencipta Birdie-X, Leftenan Kolonel Hairul Zaimy mengatakan sistem penangkis dron seperti peluru berpandu pula mencecah harga jutaan ringgit.

Tiada maklumat mengenai kuasa laser yang digunakan, adakah ia jenis mudah alih, boleh digunakan pada kenderaan dan berapa lama masa diambil untuk membangunkan Birdie-X dikongsi kepada umum.

Beberapa sistem anti dron menggunakan laser telah dibangunkan sejak hampir 20 tahun lalu yang masih belum benar-benar berjaya menangkis serangan laser sepenuhnya. Sebagai contoh sistem laser anti dron Iron Beam yang dibangunkan Rafael dan Elbit Systems di Israel tidak berkesan semasa diserang Iran tahun ini. Semasa dilancarkan empat tahun lalu, Iron Beam didakwa bukan sahaja boleh menembak dron tetapi juga peluru berpandu dengan kos hanya $15 untuk satu tembakan.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved