TUDM, Petronas adakan latihan pendaratan helikopter luar pesisir tingkatkan kerjasama keselamatan pelantar minyak

13 Oct 2023 • 2:41 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

TUDM, Petronas adakan latihan pendaratan helikopter luar pesisir tingkatkan kerjasama keselamatan pelantar minyak

zakisalleh

13/10/2023 - 14:41

KUALA LUMPUR 13 Okt - Skuadron helikopter EC725AP Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah berjaya melaksanakan latihan mendarat di pelantar minyak (Helideck Landing Training On Offshore Facilities - HLTOF) di perairan Miri, Sarawak.

Latihan ini telah dikoordinasikan oleh Markas Wilayah Udara 2 (MAWILUD 2) bersama syarikat Petronas yang juga melibatkan penyertaan Tentera Laut Diraja Malaysia dan Maritim Malaysia.

Objektif latihan ini untuk meningkatkan keupayaan kerjasama penggunaan sokongan udara dalam menangani ancaman keselamatan terhadap pelantar minyak Malaysia.

image is not available
Latihan HLTOF ini mengeratkan lagi kerjasama antara TUDM dan Petronas.

Selain itu, ia juga untuk melatih dan menyediakan anak kapal yang berkelayakan bagi melaksanakan latihan pendaratan pesawat di pelantar pesisir milik Petronas.

Sebelum latihan bermula, para peserta latihan diberikan taklimat keselamatan oleh wakil dari HAS International Sdn. Bhd. Miri dalam memastikan latihan berjalan lancar.

Latihan yang dilaksanakan ini dapat memperkasakan lagi barisan hadapan negara dan meningkatkan tahap kesiagaan kru TUDM.

image is not available

Ini juga bagi kebolehoperasian secara bersama dengan agensi-agensi yang lain dalam melaksanakan tanggungjawab melindungi kedaulatan negara.- DagangNews.com

View Original Article