TUDM Sahkan Pendaratan Kecemasan Pesawat Latihan Di LTSAH

19 Aug 2025 • 10:12 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Menurut kenyataan Bahagian Perhubungan Awam TUDM, kejadian berlaku pada 11.26 pagi tadi.

“Pesawat tersebut diterbangkan oleh pelatih Institut Penerbangan 1 (INSPEN 1), Kolej Tentera Udara yang sedang menjalani latihan penerbangan solo. Pelatih tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, TUDM akan menubuhkan satu lembaga siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian dan buat masa ini, pengoperasian latihan penerbangan di INSPEN 1 diteruskan seperti biasa.

Terdahulu, Malaysia Airports menerusi hantaran di laman sosialnya memaklumkan LTSAH ditutup sementara susulan insiden tersebut dan bagi membolehkan kerja-kerja mengalihkan pesawat dan membersihkan landasan di lapangan terbang itu.

Landasan berkenaan dibuka semula pada 3 petang selepas mendapat kelulusan keselamatan daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan operasi penerbangan di LTSAH kembali berjalan seperti biasa.

Sumber: BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved