
Jumlah duit yang diterima sudah mencecah RM55K, namun beberapa individu mula meragui tentang bil hospital abangnya
Tuduh Individu Guna Alasan Kemalangan Bawa Lari Kutipan RM55K Dari Twitter, Ini Penjelasan Sebenarnya. Baru-baru ini, tular seorang pemuda telah meminta bantuan kewangan untuk keluarganya yang dikatakan ditimpa kemalangan jalan raya.
Namun, perkara tersebut telah menjadi keraguan netizen apabila hasil kutipan derma di laman Twitter tidak dijelaskan setelah pemuda tersebut setelah raih sebanyak RM55K.

Pemuda ini membuat crowdfunding di laman Twitter untuk menanggung kos pembedahan keluarganya.
Pada awalnya, pengguna Twitter yang bernama @qarlwho itu telah memuat naik satu ciapan berserta dua tangkap layar yang memaparkan berita tentang kemalangan keluarganya dan nombor akaun banknya.
Walaupun sudah mengemukakan penyataan dari hospital, masih ramai netizen membuat andaian dan menyatakan bahawa pemuda tersebut membawa lari wang tersebut setelah beliau bertindak untuk mengunci akaun Twitternya.

Aku dah jumpa @qarlwho tadi.
— ajibtoo ™ (@cheajibsayang) June 21, 2023
Biar aku makan dulu, nanti aku cerita. Bawak bertenang semua. https://t.co/LSrM1NYe8H
Berikut adalah penjelasan sebenarnya berkenaan dengan kejadian yang terjadi
Pemilik akaun @cheajibsayang tampil memberi penjelasan bagi pihak pemuda tersebut yang berdiam setelah didakwa scam oleh netizen. Menurut beliau, dirinya telah berjumpa dengan pemuda tersebut untuk meminta penjelasan dengan lebih terperinci.
Dalam penjelasan tersebut, dinyatakan bahawa dalam kenderaan yang dipandu keluarganya telah dilanggar treler. Dalam kenderaan tersebut, ibu, abang dan 3 orang adik kepada pemuda tersebut.

Namun, salah seorang daripada adiknya telah meninggal di tempat kejadian. Manakala ibu, abang dan adiknya terus dibawa ambulans ke Hospital Tapah.
Adiknya memerlukan neck support berharga RM650. Dan tuduhan berkenaan resit nampak seperti disunting, pihak pembekal telah mengeluarkan penyataan rasmi di laman Facebook mereka.

Ibunya bakal dipindahkan ke hospital awam
Kedua-dua adiknya telah dapat pelepasan dari hospital Teluk Intan. Manakala ibunya pula terpaksa ditahan di ICU di Hospital Pantai, Ipoh. Kos untuk pembedahan pula mencecah sebanyak RM200K.
Pemuda itu juga memberitahu bahawa ibunya bakal dipindahkan ke hospital awam untuk membuat pembedahan kerana kos yang tinggi di hospital swasta.

Berkenaan dengan isu crowdfunding (kutipan derma) dari netizen, pemuda itu juga menjelaskan bahawa jumlah sebenar RM55K bukan semuanya dari crowdfunding. RM30K adalah daripada ibu saudaranya yang dari Texas untuk kos uruskan hal ini.
