Tuduhan aniaya Bella, Siti Bainun diperintah bela diri, 5 info terkini

24 Nov 2022 • 2:25 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

SITI Bainun Ahd Razali, pengasas Rumah Bonda menjadi perhatian rakyat Malaysia selepas terbabit dakwaan kes penderaan remaja sindrom Down, Bella.

Remaja berusia 14 itu temui di sebuah kondominium di Wangsa Maju, Kuala Lumpur dengan melecur teruk pada tangan, dada, leher dan paha dipercayai akibat didera pada Julai tahun lalu.

Ramai mula mengikuti kes Bella selepas foto dan video yang memaparkan keadaan fizikal gadis itu tersebar di laman sosial.

image is not available

Rata-rata warga siber tersentuh dan berang, malah ramai yang terkedu seelpas mendengar kenyataan saksi kes sehingga wujud tanda pagar #justiceforBella.

Pada 20 Ogos 202, Siti Bainun didakwa di Mahkamah Sesyen sebagai orang yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga kanak-kanak perempuan sindrom Down berusia 13 tahun telah mengabaikan iaitu dengan menyebabkan kanak-kanak itu mengalami kecederaan fizikal dan emosi.

Pada 20 November 2021, Siti Bainun didakwa sekali lagi di mahkamah yang sama atas pertuduhan menganiaya.

image is not available

Hantaran berkaitan kes Bella di laman sosial sekelip mata tular dan diikuti ramai. Warganet mengharapkan nasib anak istimewa itu terbela kurang dan mahu ia menjadi pengajaran pada masa akan datang.

Ujar mereka:

– “Semoga terungkai segala perbuatan yang dilakukan, #justiceforbella.”

– “Semoga keadilan buat Bella ditegakkan.”

– “Mahkamah rasa kes Bella ni ada asas yang kuat, sebab itu diarahkan untuk bela diri.”

– “Keadilan buat yang teraniaya.”

– “Jenayah membawa padah.”

Berikut lima info berkaitan perkembangan terbaru kes Bella-Siti Bainun:

1- Hakim Mahkamah Sesyen, lzralizam Sanusi baru-baru ini memerintahkan Siti Bainun membela diri atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya seorang remaja perempuan sindrom Down yang dikenali sebagai Bella.

2-Hakim membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Siti Bainun pada akhir kes pendakwaan.

3-Siti Bainun, 30, didakwa mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom Down berusia 13 tahun itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021.

4-Tertuduh diberi tiga pilihan iaitu pertama memberi keterangan secara bersumpah dari kandang saksi dari kandang saksi dengan pihak pendakwaan diberikan peluang untuk menyoalnya semasa pemeriksaan balas.

image is not available

5-Sementara pilihan kedua, memberikan kenyataan tidak bersumpah tanpa pemeriksaan balas oleh pihak pendakwaan atau ketiga berdiam diri dengan tidak menjawab pertuduhan.

6-Selepas mendengar perkara itu, peguam, tertuduh mengambil pilihan pertama.

7-Kesalahan itu mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

8-Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad, Zilfinaz Abbas, Zahida Zakaria, Fazeedah Faik dan Shakira Aliana Alias.

9-Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad, Zilfinaz Abbas, Zahida Zakaria, Fazeedah Faik dan Shakira Aliana Alias manakala Siti Bainun diwakili peguam Nur’Aminahtul Mardiah Md Nor, Mohammad Farhan Maaruf, Nurul Hafidzah Hassan, Asiah Abd Jalil dan Nur Ellena Mohamed Razif.

10- Peguam pemerhati dilantik oleh Pemangku Raja Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim iaitu Datuk Khairul Anwar Rahmat, Datuk Ikbal Salam dan Mohd Radzi Yatiman turut hadir.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan