‘Tuduhan & fitnah bertujuan untuk rosakkan reputasi’ – GISB nafi terlibat dengan penyelewengan akidah

LocalPolitics
9 Sep 2024 • 2:49 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Global Ikhwan Services & Business Berhad (GISB) dalam satu kenyataan menafikan dakwaan berhubung tuduhan jenayah dan ajaran sesat yang dikaitkan dengan syarikat itu.

Katanya, tuduhan berkenaan adalah tidak berasas dan dilihat bertujuan untuk merosakkan reputasi syarikat berkenaan.

Mnerusi satu laporan, mereka menyatakan sejak penubuhan syarikat berkenaan pada 23 Oktober 2012 lagi GISB mematuhi ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.

“GISBH ingin menegaskan bahawa sebagai syarikat yang beroperasi di 20 negara, kami sentiasa mengutamakan pematuhan terhadap semua undang-undang dan peraturan selaras dengan prinsip Islam yang kami junjung.

“Kami memahami tanggungjawab besar yang kami galas dalam memastikan setiap operasi dijalankan mengikut piawaian ditetapkan dan kami komited untuk menjunjung tinggi akidah serta amalan Islam yang benar,” katanya.

Sehubungan dengan itu juga katanya, pihak mereka akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berhubung dakwaan berkenaan.

Terdahulu, tular pelbagai dakwaan yang mengaitkan GISBH dengan ajaran sesat Al-Arqam dan Rufaqa serta mengaitkan ekploitasi agama dan kanak-kanak.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved