Tuduhan Najib Razak Salah Guna Dana 1MDB Sah, Hakim Putuskan Tiada Cacat

LocalPolitics
30 Oct 2024 • 11:23 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Melalui laporan Berita Harian, Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah memutuskan empat tuduhan salahguna kedudukan untuk dapatkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan 21 tuduhan pengubahan wang haram sebanyak RM2.3 bilion yang dihadapi oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sah serta tiada cacat.

image is not available

Sumber : FAIZ ALIF AHMAD ZUBIR  

Keputusan tersebut telah dibacakan oleh Hakim Sequerah ketika di Mahkamah Tinggi, di akhir kes pendakwaan.

Menurut Sequerah, tuduhan yang dikenakan ke atas Najib yang merupakan bekas PM Malaysia itu tidak dikelirukan atau diprejudis berhubung kesalahan yang dilakukan.

image is not available

Sekadar info, Najib didakwa atas empat tuduhan menggunakan kedudukannya untuk peroleh suapan wang berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan melibatkan wang haram membabitkan jumlah sama.

image is not available 5 days ago

“Tak Pernah Sekongkol Dengan Jho Low” - Terluka Selepas Tahu Kecurangan 1MDB, Najib Razak Mohon Maaf Pada Rakyat