Tuduhan pembunuhan beramai-ramai di Gaza, Israel hadiri mahkamah PBB

2 Jan 2024 • 8:30 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

BAITULMAQDIS, 2 JAN: Israel memutuskan untuk menghadiri pendengaran kes berkaitan “tindakan genosid di Gaza” yang difailkan Afrika Selatan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Hague, Belanda, Xinhua memetik laporan laman sesawang Israel Ynet petang Isnin.

“Israel telah menandatangani konvensyen menentang pembunuhan beramai-ramai selama beberapa dekad dan kami pastinya tidak akan memboikot prosiding itu, tetapi bangkit dan menangkis plot yang tidak masuk akal terhadap kami,” kata penasihat keselamatan negara Israel Tzachi Hanegbi.

Menurut laporan terbabit, keputusan itu didahului dengan perbincangan intensif oleh pegawai-pegawai atasan diketuai Perdana Menteri Benjamin Netanyahu.

Kes itu difailkan pada Jumaat di mana Israel berdepan tuduhan melanggar Konvensyen Pencegahan dan Hukuman Jenayah Genosid berhubung dengan rakyat Palestin di Gaza.

Dalam pemfailan itu, Afrika Selatan turut menggesa ICJ melindungi hak-hak rakyat Palestin daripada sebarang kemudaratan di bawah Konvensyen Genosid.

-BERNAMA-XINHUA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved