Tuduhan tidak bela Najib, cuba pecah belah UMNO - Puad Zarkashi

Politics
10 Jun 2023 • 10:27 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Puad Zarkashi

SHAH ALAM - Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mendakwa tuduhan terhadap Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak membela Datuk Seri Najib Tun Razak adalah percubaan memecahbelahkan parti berkenaan.

Menurut beliau, ia susulan daripada risalah yang letakkan pada semua kereta yang berada di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur.

“Ini percubaan untuk memecahbelahkan UMNO. Ini kerja orang dalam yang bergabung dengan orang luar.

“Tidak hairan segelintir kluster gantung dan pecat UMNO terlibat,” tulisnya menerusi hantaran di laman sosial Facebook pada Sabtu.

Tambah Mohd Puad lagi, golongan berkenaan terkedu apabila Ahmad Zahid membangkitkan isu pembelaan Najib dalam ucapan dasarnya yang menyatakan bahawa UMNO akan terus mempertahankan nasib bekas Ahli Parlimen Pekan itu.

Bukan itu sahaja, video ucapan anak kepada Najib, Datuk Mohd Nizar turut ditayangkan.

Menerusi rakaman berkenaan, Mohd Nizar menyampaikan pesanan ayahnya supaya mempertahankan Kerajaan Perpaduan.

Jelas Mohd Puad, puak yang menyebarkan fitnah itu mahu Ahmad Zahid menjadi lemah, maka kerajaan akan goyah.

ARTIKEL BERKAITAN:

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved