Tuduhan Zahid rosakkan UMNO tak berasas – Nurulhidayah tampil pertahan bapa

LocalPolitics
5 Jul 2025 • 11:16 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Tuduhan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi rosakkan UMNO bukan sahaja dianggap tidak berasas, malah disifatkan sebagai cubaan terancang pihak tertentu untuk menjatuhkan reputasi beliau secara peribadi dan melemahkan parti daripada dalam.

EXCO Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid berkata, bapanya menjadi sasaran kritikan kerana bertegas mempertahankan parti supaya tidak dibubarkan walaupun selepas prestasi buruk pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) lalu.

Baca juga:

Menurutnya, selepas Barisan Nasional hanya berjaya memenangi 30 kerusi Parlimen, ada pihak tertentu yang berterusan mendesak Ahmad Zahid berundur dan menghentikan perjuangan UMNO.

“Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad turut membuat desakan supaya Ahmad Zahid membubarkan UMNO,” katanya.

Beliau menjelaskan, tindakan Ahmad Zahid untuk memastikan parti terus kekal wujud menyebabkan nama peribadi bapanya tercalar, bukannya kerana beliau merosakkan UMNO seperti yang didakwa.

Nurulhidayah dengan bapa, Ahmad Zahid Hamidi

Menariknya, sebelum ini Nurulhidayah pernah menegur media supaya tidak hanya merujuk dirinya sebagai “anak Zahid” dalam tajuk berita, namun kali ini beliau tetap tampil mempertahankan bapanya secara terbuka kerana menganggap serangan itu tidak adil.

Beliau menyifatkan segala tuduhan dan tekanan itu hanya cubaan pihak tertentu melemahkan UMNO dengan menyerang individu yang berusaha memastikan parti tidak hilang pengaruh.