“Tudung Mana? Keluar Pulak Rambut Perang” – Lama Diam Diri, Penampilan Baru Zizie Izette Dipersoal

17 Jan 2023 • 2:42 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Setelah sekian lama tidak mendengar perkhabaran pelakon, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad atau lebih dikenali sebagai Zizie Izette, gambar terbarunya telah menarik perhatian ramai.

Pelakon yang juga merupakan isteri kepada ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Mukhtar itu kelihatan amat jelita memakai baju serba hitam sambil duduk di atas sebuah kerusi.

Gambarnya itu dimuat naik oleh seorang jurusolek terkenal di laman Instagramnya untuk menunjukkan hasil solekan beliau kepada umum.

Bagaimanapun, biarpun cantik di dalam gambar tersebut, netizen membanjiri ruangan komen foto tersebut mempertikaikan gaya pelakon tersebut memakai topi untuk menutup sebahagian rambutnya.

image is not available

Malah, ada juga meluahkan rasa rindu mahu melihat Zizie yang dahulu dimana lebih cantik memakai tudung dengan elok dari yang sekarang ini.

Sekadar info, sebelum ini penampilan Zizie juga dikecam ramai kerana tampil tanpa tudung dengan baju terlalu ketat.

image is not available 5 bulan lalu

"Berpakaian Tapi Telanjang" - Zizie Izette Muat Naik Foto Di Instagram, Netizen Tanya 'Dah Bersara Pakai Tudung Ke?'

View Original Article