Tudung Terbang Di Hari Jadi 39 Tahun, Anak Kak Ton Mohon Jangan Petik Nama Ibu Dan Keluarga

Entertainment
27 May 2023 • 1:43 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Personaliti TV dan pengacara terkenal, Nadia Annuar mengundang kecaman selepas memuat naik foto tidak bertudung di Instagram.

Difahamkan, pengacara itu bertindak demikian di ulang tahun kelahirannya yang ke-39 semalam. Hmm, kenapa pula tu?

image is not available

Menyedari kesalahan yang dibuat, anak kepada usahawan kosmetik Zaiton Hassan atau lebih popular dengan panggilan Kak Ton memohon ibunya tak dikaitkan dengan isu ini.

Jelasnya, apa yang berlaku adalah kekhilafan diri sendiri dan dia tak mahu memberi sebarang alasan kerana semua orang tahu apa yang wajib.

image is not available

Pengacara ini memohon maaf sekiranya telah mengecewakan ramai orang, namun banyak perkara telah dilaluinya selama ini dan dia tak dapat berkongsikan hal itu kepada umum.

image is not available

Kakak kepada selebriti Harris Annuar ini berharap netizen tak memetik nama ibunya dan ahli keluarga yang lain kerana mereka telah menasihatinya dengan baik. Jelasnya lagi, ahli keluarganya langsung tak bersalah kerana keputusan tak lagi bertudung adalah kehendak dirinya sendiri.

Kredit: Instagram Nadia Annuar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.