“Tugas Abang Aji Menghiburkan Orang” – Bapa Tampil Bersuara Isu Saiz Badan Anak

LocalFamily & Parenting
10 Jul 2025 • 11:45 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia bang Aji

Pengguna TikTok pasti ramai yang mengenali si kecil comel bernama Abang Aji kan? Lagak Abang Aji yang bertubuh montel memakai kain pelikat serta songkok membuatkan netizen terhibur.

Malah, Abang Aji pun sempat masuk dalam iklan jenama kambing perap terkenal, Pak Mat Western tau!

Saiz badan Abang Aji membimbangkan? Bapa beri penjelasan

Terbaru, nama Abang Aji diperkatakan selepas ditegur oleh seorang jurulatih kecergasan. Jurulatih itu meluahkan kebimbangan melihat saiz badan kanak-kanak itu yang menurutnya tidak sihat.

Teguran itu mendorong bapa kepada Abang Aji tampil memberikan penjelasan. Dalam satu hantaran video, Wan Belida menjelaskan video anaknya makan hanyalah content semata-mata.

image is not available

Apa yang dimuat naik di media sosial hanyalah untuk hiburan dan bukan gambaran sebenar kehidupan harian mereka.

Video yang dia makan itu hanya konten, diedit dan tak betul pun. Jangan percaya kepada video itu. Abang Aji itu berlakon dan tugasnya menghiburkan orang, kalau yang tak terhibur itu tak perlu tengok. Agak-agaklah ‘warga asing’ itu pun.

Sebagai bapa, dia tidak mengabaikan tanggungjawab dalam memastikan pemakanan anaknya terkawal dan sihat.

Beliau turut menafikan bahawa anaknya makan secara berlebihan seperti orang dewasa. Sebaliknya, saiz badan Abang Aji dipengaruhi oleh pengambilan susu yang masih menjadi sumber utama nutrisi anaknya.

Pssttt! Content je guys yang makan banyak-banyak tu, jangan risau okey? Bapanya juga mempunyai kesedaran pasal berat badan ni. Semoga Abang Aji sihat sejahtera hendaknya.

Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.

View Original Article