Tugas berat tanpa trio utama

LocalFootball
10 Jan 2025 • 3:01 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: GL Oh

Kota Kinabalu: Sabah FC terpaksa melupakan tiga tonggak utama apabila turun menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) FC dalam pertembungan Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim esok (Sabtu).

Ketua jurulatih Martin Stano berkata Gabriel Peres, Telmo Castanheira dan Daniel Ting tidak akan berada dalam pasukan kerana mereka semua digantung perlawanan kerana kesalahan kad yang mereka perolehi dalam perlawanan sebelumnya.

AdvertisementDi sebalik tamparan tersebut, jurulatih dari Sepanyol itu berharap pemainnya dapat membina rentetan sembilan perlawanan tanpa kalah dalam semua pertandingan untuk membuat kejutan menentang pendahulu yang jauh mendahului di halaman sendiri.

“Tidak dinafikan persiapan kami terjejas teruk akibat penggantungan itu, tetapi kami telah merangka “pelan permainan” yang sangat teliti dan kami akan mengharapkan kesebelasan utama dapat memberikan JDT saingan yang sengit. MARTIN (berbaju putih) mengetuai sesi latihan pasukan di Likas pada Khamis.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more “Ia sudah tentu akan menjadi tugas amat berat untuk menentang pasukan terbaik dalam Liga Super. Perkara yang paling penting bagi saya ialah memastikan pemain dapat mengekalkan momentum dan memaksimumkan prestasi mereka.

“Untuk mengekalkan rentak kemenangan kami, pemain mesti memberi tumpuan sepenuhnya dalam menjalankan tugas dengan baik dan berharap dapat menghasilkan mata,” katanya pada Khamis.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Beliau menambah mungkin terdapat sedikit perubahan dalam pasukan menjelang perlawanan berikutan kehilangan trio tersebut.

“Kami masih mempunyai beberapa sesi latihan sebelum perlawanan sebenar pada Sabtu. Jadi mungkin kami akan membuat beberapa pelarasan untuk menyesuaikan strategi kami dan bersedia untuk mengejutkan mereka.”

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Beliau turut menegaskan pasukan itu tidak akan terganggu dengan perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia menentang Pahang yang dijadualkan pada 18 Januari ini di Stadium Likas.

“Sabah FC menganggap perlawanan Liga Super dan Piala Malaysia adalah sama penting. Kami akan mengambil satu perlawanan pada satu masa dan akan berusaha untuk mencapai keputusan yang baik dalam kedua-dua pertandingan.

“Tetapi sekarang, tumpuan kami sepenuhnya kepada perlawanan menentang JDT dalam Liga Super.”