Tugas wartawan adalah memimpin, jadi pendorong idea - PM

LocalPolitics
3 Jun 2023 • 10:00 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anwar ketika menyampaikan ucapan perasmian dalam Malam Kewartawanan Malaysia 2023 pada Jumaat. - Foto SINAR HARIAN / MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpandangan tugas wartawan dalam industri media adalah untuk memimpin dan menjadi pendorong idea, bukan sekadar melaporkan berita.

Ujar beliau, semua pihak termasuk wartawan harus diberikan kebebasan dalam berkarya, mengkritik, menegur dan berbeza pandangan dengan jalur tetap, sikap atau peranan pimpinan negara.

"Yang utama adalah untuk mengangkat semula keupayaan kita dalam sebuah negara, satu budaya lain yang mewarnai Madani dalam Kerajaan Perpaduan.

"Sebab itu saya masih tuntas dengan pandangan bahawa tugas wartawan tidak hanya melapor, tetapi juga memimpin, menjadi pendorong idea," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perasmian Malam Kewartawanan Malaysia 2023 pada Jumaat.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Press Institute (MPI), Datuk Dr Chamil Wariya; Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil dan Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching.

Dalam pada itu, ujar Anwar, kelunturan nilai kebenaran, keadilan dan kemurnian insan boleh menyebabkan masyarakat terheret dan membawa kepada kerosakan.

"Tidak boleh kita lapor tanpa nilai. Seperti mana kita belajar dalam apa jua isu.

"Ada menyatakan bahawa sains itu adalah bebas daripada nilai tapi tidak ada sesiapa yang percaya.

"Sains apa lagi ilmu-ilmu dalam sains sosial, kemasyarakatan dan tatakelola kenegaraan, itu semua berteraskan nilai," ujarnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved