“Tuhan Je Tahu Perasaan Aku Macam Mana..” – Anak Diserang Sawan, Ain Edruce Tinggalkan Set Semasa Siaran Langsung

Entertainment
8 Jan 2024 • 3:05 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon dan pengacara popular, Ain Edruce terpaksa meninggalkan set rancangan Melodi apabila menerima berita bahawa anaknya, Soraya diserang sawan akibat demam panas.

Detik cemas

Kata Ain, anaknya memang sudah demam panas beberapa hari. Disebabkan kerja, dirinya terpaksa meninggalkan puterinya bersama suami dan ke set Melodi. Namun, tak lama kemudian, Ain menerima panggilan bahawa Soraya telah dimasukkan ke hopsital kerana sawan.

Gugur jantung aku. Dengan nak start Melodi nya. Tuhan je tahu perasaan aku macam mana. Terima kasih team Melodi sebab faham situasi aku.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NURULAIN BT EDRUCE (@ainedruce)

Ketika kejadian

Ibu kepada seorang cahaya mata ini juga telah berkongsi sebuah rakaman CCTV yang melihatkan keadaan cemas semasa anaknya diserang sawan. Dalam video tersebut, kelihatan suaminya sedang cuba untuk membantu anaknya itu ketika diserang sawan sebelum dilarikan ke hospital.

Sedih aku, benda ni jadi betul-betul lepas aku pergi kerja. Soraya tak pernah sawan. Maaf Soraya, Mummy tak ada masa ni.

image is not available

Sumber : Instagram  

Difahamkan, kini anak kepada pengacara ini sedang dirawat di hospital dan sudah dalam keadaan yang lebih baik namun masih demam.

image is not available 1 year ago

"Anak Pun Tak Selamat" - Isteri Hamil 8 Bulan Mengadu Sakit Kepala, Kena Sawan Tiba-Tiba & Meninggal Dunia

View Original Article