Tuisyen percuma pelajar sekolah rendah mula tahun depan, atasi keciciran 3M

13 Sep 2024 • 4:00 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 13 SEPT: Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) diperluas ke semua sekolah rendah di negeri ini mulai tahun depan, maklum Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI.

Ketua Yayasan MBI Ahmad Azri Zainal Nor berkata inisiatif pembelajaran secara percuma itu dibuat bagi mengatasi keciciran kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M).

“Mengikut data yang diberi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor, lebih 22,000 pelajar sekolah rendah dari darjah tiga ke darjah enam, ada masalah 3M.

“Kegagalan menguasai 3M disebabkan kekangan akses pembelajaran di sekolah ketika waktu pandemik Covid-19.

“Kita akan buat bengkel yang menghimpunkan modul PTRS, modul Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan modul JPN Selangor, untuk tangani isu ini,” katanya kepada Media Selangor.

Tambah Azri, program PTRS diperluas ke sekolah rendah dalam usaha memenuhi sasaran 200,000 pelajar menerima manfaat tuisyen percuma itu tahun depan.

“Sekarang kita ada 130,000 dalam kalangan pelajar sekolah menengah, jadi kita rancang perluas hingga ke sekolah rendah dalam menuju ke 200,000.

“Ia adalah langkah awal kita melalui manifesto yang dibuat Kerajaan Perpaduan pada pilihan raya negeri lalu, untuk meningkatkan jumlah pelajar PTRS hingga ke 200,000,” jelasnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved