Tuju Dikemaskini Dengan Antaramuka Baharu – Aplikasi Alternatif Waze

LocalTechnology
4 Oct 2026 • 10:28 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Tuju Dikemaskini Dengan Antaramuka Baharu – Aplikasi Alternatif Waze

Tuju merupakan salah satu aplikasi memfokuskan navigasi yang dibangunkan bersama Lembaga Lebuhraya Malaysia, sekaligus memberikan alternatif kepada pengguna berbanding penggunaan Waze dan Google Maps. Selepas diperkenalkan sejak tahun lepas, kini baru-baru ini, aplikasi Tuju telah dikemaskini dengan antaramuka baharu.

Antaramuka baharu dilihat hadir lebih moden dan kemas berbanding sebelumnya. Pengguna dengan mudah turut boleh menyemak kos tol untuk sesuatu destinasi yang dituju, selain turut melihat kepada kamera jalan raya masa-nyata, atau melihat info trafik berkaitan dengan perjalanan mereka. Pada kemaskini ini juga, sebuah fungsi baru dinamakan TujuAdd (Tuju+) diacah, yang mana turut akan memberikan notifikasi untuk kamera AES. Namun, ciri berkenaan masih belum dilancarkan lagi buat masa ini.

Kemaskini antaramuka baharu ini telah pun ditawarkan untuk pengguna Android, dan dijangka menyusul untuk pengguna iPhone tidak lama lagi. Bagi yang berminat, boleh memuat-turun Tuju di Google Play Store atau di Apple App Store hari ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved