“Tujuh Inci Lembut” – Ada Skrip ‘Lucah’, ‘Blood Brothers: Bara Naga’ Tayang Di Netflix Tanpa Suntingan

EntertainmentMovie
11 Aug 2025 • 11:44 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, filem ‘BLOOD BROTHERS: BARA NAGA’ yang baru sahaja ditayangkan di Netflix mencuri perhatian apabila ia dikatakan menampilkan versi tidak disunting dengan skrip asal sebelum proses dubbing yang dilakukan pada versi pawagam.

Perubahan yang paling ketara adalah pada dialog ikonik watak Ghaz yang dilakonkan oleh Sharnaaz Ahmad.

image is not available

Di dalam versi pawagam, salah satu ayat ikonik yang terkenal adalah “Jambang dari syurga”, namun dalam versi terbaru di Netflix, ayat tersebut digantikan dengan “Tujuh inci lembut”, mengikut skrip asal yang lebih menggambarkan karakter Ghaz.

Perubahan ini menarik perhatian netizen, dengan ramai yang berbincang tentang penggubahan ayat tersebut dan perbezaan yang jelas antara versi pawagam dan versi tak disunting.

image is not available

Ada yang terkejut dengan perbezaan ini, namun ramai juga yang menganggap ia lebih sesuai dengan keseluruhan naratif filem tersebut.

image is not available 2025-06-18 14:16:02

"Malik Tu Milik Aku!!" - Hanya Kerana Bergambar Bersama, Wanita Cedera Dibelasah Peminat Obses Irfan Zaini