
Kota Kinabalu: Tujuh kanak-kanak termasuk tiga orang kurang upaya yang dilaporkan hilang di Kampung Kebayau, Kota Belud malam Ahad lepas, ditemui selamat.
Pusat operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah berkata, mangsa termasuk empat sekeluarga iaitu Freddy Kerinsuk, 15; Arni, 13; dan Alistar, 9, yang merupakan orang kurang upaya dan adik mereka yang berusia tiga tahun, Royce.
Tiga yang lain ialah Mecklorn Datine, 12; Elson Evan Lie Willie, 11; dan Elcy Jackter yang berusia lima tahun.
“Balai Bomba dan Penyelamat Kota Belud menerima laporan mengenai kehilangan kanak-kanak itu pada 10.49 malam Ahad. Kali terakhir mereka dikesan bermain berhampiran kedai runcit di kampung itu pada jam 3 petang,” kata kenyataan itu.
Ia berkata operasi mencari dan menyelamat dilancarkan sejurus selepas menerima laporan dan kesemua mereka ditemui selamat dalam keadaan letih pada 7.30 pagi Ahad di sebuah kebun kira-kira 4km dari kampung itu.
Operasi mencari dan menyelamat telah ditamatkan pada jam 9.30 pagi.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

