Tujuh Kawasan Di Semenanjung Alami Cuaca Panas Sekurang-kurangnya Tiga Hari

LocalEnvironment
24 Oct 2024 • 1:14 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Tujuh Kawasan Di Semenanjung Alami Cuaca Panas Sekurang-kurangnya Tiga Hari

KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) — Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran cuaca panas tahap satu (berjaga-jaga) di tujuh kawasan di Semenanjung.

Menurut hantaran di Facebook MetMalaysia, kawasan yang terlibat adalah Larut, Matang dan Kuala Kangsar di Perak; Gombak dan Petaling di Selangor; Wilayah Persekutuan Putrajaya; serta Maran dan Temerloh di Pahang.

Kenyataan itu memaklumkan, suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama 3 hari berturut-turut di kawasan tersebut.

Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, orang ramai boleh melayari laman sesawang https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/.

Sumber: Bernama