Tujuh kenderaan terjejas akibat mendapan tanah

14 Nov 2023 • 2:12 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Enam van dan sebuah lori terjejas akibat mendapan tanah di kawasan tempat letak kenderaan MBSJ, Bandar Puchong, dekat sini dalam kejadian petang Isnin. - Foto ihsan bomba

image is not available

SUBANG JAYA - Tujuh kenderaan terjejas akibat mendapan tanah di kawasan tempat letak kenderaan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ), Bandar Puchong, dekat sini dalam kejadian petang Isnin.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, kejadian dilaporkan jam 6.46 petang itu, membabitkan enam van dan sebuah lori, masing-masing empat van Toyota Hiace, sebuah van Kindo dan Maxus serta sebuah lori satu tan.

Katanya, 10 anggota bersama tiga jentera daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Puchong dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan berhubung kejadian berkenaan.

**media[2422679]**

"Sebaik tiba, kami mendapati terdapat mendapan tanah di tempat letak kenderaan terbabit membabitkan tujuh kenderaan terjejas. Bagaimanapun, kejadian tidak melibatkan mangsa," ujarnya dalam satu kenyataan.

Katanya, pemantauan dilakukan oleh pasukan bertugas bagi memastikan kawasan terlibat benar-benar selamat.

"Kes kemudian diserahkan kepada MBSJ dan polis yang berada di lokasi kejadian untuk tindakan lanjut,: katanya.

Sementara itu, MBSJ ketika dihubungi memaklumkan akan mengeluarkan kenyataan media berhubung kejadian itu dalam masa terdekat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved