
KOTA KINABALU: Tujuh Pusat Sebaran Maklumat Nasional (Nadi) akan mula beroperasi di Sabah pada tahun depan, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Beliau berkata lima Nadi akan beroperasi pada Januari iaitu Koisaan Point di Ranau, Kampung Sinulihan (Pensiangan), Kampung Batu 2 (Tawau), Gaya Centre (Kalabakan) dan Taman Keramat (Kota Kinabalu) manakala dua lagi di kawasan pulau di Kampung Gelam-Gelam (Semporna) dan Pulau Bangi (Kudat) beroperasi pada Mac.
Advertisement“Jumlah asal (sedia ada) Nadi di Sabah adalah 118.
“Kita rancang 14 lagi, tujuh Nadi telah siap dan beroperasi termasuk Nadi Luyang, manakala tujuh lagi dalam pelaksanaan (beroperasi tahun depan),” katanya kepada pemberita selepas melawat Nadi Luyang di sini, pada Jumaat. Teo berkata selain Luyang, Nadi yang telah siap dan beroperasi adalah di Kampung Warisan dan Bandar Putra di Sepanggar; Dermaga dan Plaza Tanjung Aru (Kota Kinabalu); Kampung Rosok (Kota Belud) dan Taman Mawar, Batu Sapi di Sandakan.
SPONSORED CONTENT Shell Sabah Deepwater Production Manager Earns Unsung Hero Award Daily Express had the opportunity to interview Musti whose story reflects the power of determination and resilience. Read more Mengenai Nadi Luyang, Teo amat mengalu-alukan penduduk di sekitar kawasan itu supaya dapat memanfaatkan pusat berkenaan.
Beliau berkata 10 komputer riba turut disediakan dengan kelajuan Internet 100Mbps, selain saringan kesihatan dan jualan hasil produk usahawan di bawah Nadi.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Lokasi Nadi Luyang sangat strategik, ada 10 taman perumahan dengan potensi pengguna lebih 52,000 penduduk,” katanya.
Sementara itu, Pengurus Nadi Luyang Hafizah Jumat berkata pusat itu mula beroperasi pada 18 Okt lepas dan setakat ini sebanyak 167 ahli telah berdaftar, manakala empat orang usahawan dibantu.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Beliau berkata pelbagai program diatur dalam usaha memperkenalkan Nadi Luyang kepada komuniti setempat antaranya eKelas, kelas kemahiran dan saringan kesihatan.
“Untuk perancangan masa depan, kami atur program yang holistik untuk komuniti di sini kerana selain lokasi strategik, penduduknya juga padat,” katanya.
Penubuhan Nadi di negeri ini membuka peluang kepada suri rumah untuk menjana ilmu khususnya dari segi keusahawan sekali gus menjadi sumber pendapatan keluarga.
Bercakap kepada Bernama, suri rumah Rafidah Dzulkiflee, 46, berkata pada mulanya dia hanya menyertai rakannya ke Nadi di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Sri Rugading Tuaran pada 2017 yang mengajar mengenai pendigitalan produk.
Katanya sebagai suri rumah sepenuh masa pada ketika itu yang tidak mempunyai pengetahuan mengenai digital, dia sangat teruja kerana di Nadi, mereka diajar cara-cara untuk menjual produk secara dalam talian dan luar talian serta penjenamaan produk.
“Kebetulan pada masa itu, keluarga saya ada membuat popia udang yang hanya dijual pada musim perayaan sahaja. Namun, setelah menyertai Nadi, saya nampak peluang untuk komersialkan produk ini.
“Hingga kini, saya menghasilkan popia udang mini dan dibantu oleh empat orang pekerja yang bertugas menggulung popia. Inti popia tersebut pula menggunakan resipi yang saya cipta sendiri,” kata ibu kepada lima orang anak itu.
Rafidah berkata permintaan untuk popia udang mini yang dijual secara dalam talian serta di stesen minyak Petronas dan Shell, dengan harga antara RM8 hingga RM38 bergantung pada berat dan saiz, sangat menggalakkan. Produk ini turut mendapat permintaan daripada pelanggan di Brunei.
Suri rumah, Suzinah Sulid, 41, pula berjaya menghasilkan jus nanas pada 2018 selepas mengikuti tunjuk ajar Nadi Pekan Puterajaya, selepas mendaftar sebagai ahli pada 2007 untuk mendapatkan akses internet yang lebih lancar.
Beliau berkata, dia tertarik dengan kursus-kursus yang ditawarkan oleh Nadi, terutamanya kursus keusahawanan, dan selepas menyertai kursus tersebut, beliau berjaya menghasilkan produknya sendiri, termasuk kerepek kentang dan sambal lada udang.
“Saya mula aktif dengan Nadi pada 2018, dan kursus-kursus di bawah Nadi banyak membantu, antaranya menjual di aplikasi Shopee dan TikTok, belajar membuat pelekat, serta mengikuti kelas dalam talian,” katanya, sambil menambah bahawa beliau menghasilkan produknya secara berperingkat.
Bercerita lanjut, Suzinah berkata produk keduanya iaitu sambal lada udang dihasilkan pada 2020 ketika negara dilanda Covid-19 kerana ketika itu berlaku lambakan lada di ladang adiknya di Kota Belud yang tidak dapat dijual.






