Tujuh lokasi Jualan Ehsan Rahmah hari ini, peluang rakyat jimat belanja rumah

LocalSales & Promo
28 Feb 2026 • 8:00 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 28 FEB: Program Jualan Ehsan Rahmah (JER) yang dijayakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dengan kerjasama strategik Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diteruskan di tujuh lokasi hari ini.

Jualan murah itu menawarkan ayam seekor (RM10), daging pejal (RM10/pek), telur jenis B (RM9 sepapan), ikan (RM6.50/pek), minyak masak dua kg (RM10) dan beras lima kg (RM12).

Turut dijual ialah tepung (RM2), sardin (RM5.50), bihun (RM2.50), biskut jagung (RM3), sabun cuci baju (RM14.00) dan lampin bayi pakai buang (RM8).

Berikut lokasi JER:

image is not available

Pada 2023, PKPS menerima Anugerah Pengurusan Berkualiti kerana kejayaan cemerlang termasuk pengendalian program JER.

Agensi itu turut diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) kerana menganjurkan jualan bersubsidi terbesar.