Tujuh mangsa terperangkap banjir di Quion Hill dipindah

4 Sep 2024 • 4:00 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Lagatah Toyos

TAWAU: Seramai tujuh mangsa, termasuk enam kanak-kanak yang terperangkap dalam kejadian banjir di Batu 17, Jalan Quion Hill berjaya diselamatkan sepasukan bomba, pada pagi Selasa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata, kesemua mangsa terdiri daripada seorang wanita dewasa, empat kanak-kanak perempuan dan dua kanak-kanak lelaki.

Menurutnya mangsa terlibat dipindahkan ke lokasi selamat oleh pihaknya, sebaik tiba sekitar jam 8.36 pagi di tempat kejadian.

Terdahulu, katanya, sepasukan enam anggota dan sebuah jentera dikerah ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 7.30 pagi.

SPONSORED CONTENT Sinyi Group Founder, Chou Chun-Chi, Wins 2024 Asia Pacific Enterprise Award and Expands Sustainable Tourism Ventures in Sabah, Malaysia Kota Kinabalu: The 2024 Asia Pacific Enterprise Awards, hosted by Enterprise Asia, aims to recognize the most outstanding business leaders and organizations in the Asia-Pacific region. Read more “Apabila tiba di lokasi, pasukan mendapati memang benar berlaku kejadian banjir dan terdapat tujuh mangsa terlibat.

“Pasukan kemudiannya mengeluarkan mangsa dan memindahkan mereka ke tempat selamat serta melakukan pemantauan banjir di kawasan itu,”katanya lagi.

Tambahnya, operasi ditamatkan jam 9.25 pagi selepas memastikan tiada lagi bahaya lain di tempat kejadian.

Sementara itu, puluhan kenderaan dilaporkan terjejas apabila tidak dapat melalui simpang Kg Sungai Udin, Jalan Merotai - Kalabakan susulan laluan itu dinaiki banjir, berikutan hujan berterusan sekitar jam 2 pagi, pada Selasa.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.