
Tujuh Negeri Diramal Hujan Hingga Malam Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri hingga jam 9 malam ini.
Dalam kenyataan tersebut, negeri yang terlibat adalah Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Sarawak dan Sabah.
Maklum METMalaysia, seluruh negeri Kelantan diramal dibadai cuaca buruk berkenaan.
“Di negeri Kedah, daerah yang terlibat adalah Kubang Pasu, Padang Terap, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu sementara Pulau Pinang di Seberang Perai Selatan.
“Bagi negeri Perak, dua daerah dijangka mengalami cuaca buruk adalah Hulu Perak dan Kuala Kangsar. Manakala daerah Besut dan Setiu di Terengganu.
“Kawasan di Sarawak melibatkan daerah Serian, Samarahan (Simunjan), Sri Aman, Sibu (Sibu dan Kanowit), Mukah (Dalat dan Mukah), Kapit (Song, Kapit dan Belaga), Bintulu (Tatau), Miri (Beluru, Telang, Usan, Miri dan Marudi) dan Limbang.
“Sabah pula di kawasan Pedalaman (Nabawan) dan Sandakan (Tongod dan Kinabatangan),” maklum METMalaysia.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia
The post Tujuh Negeri Diramal Hujan Hingga Malam Ini appeared first on Siakap Keli.

