Tujuh Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi Ini

31 Dec 2025 • 9:37 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Tujuh Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tujuh  negeri dan dua Wilayah Persekutuan (WP) sehingga jam 1 pagi ini.

Menurut kenyataan itu, beberapa daerah di negeri terlibat adalah Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Sarawak dan Sabah dan seluruh WP Putrajaya serta WP Labuan diramal hujan.

“Di Perak, daerah yang diramal hujan adalah Batang Padang dan Muallim. Manakala di Pahang pula Raub, Bentong dan Bera.

“Selain itu, beberapa daerah di Selangor juga diramal hujan seperti Hulu Selangor, Kuala Langat dan Sepang.

“Di Negeri Sembilan pula di Jelebu, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin. Sementara Melaka hanya daerah Jasin.

“Beralih ke Sarawak, kawasan yang terlibat adalah Sibu (Selangau), Mukah (Dalat dan Mukah), Kapit (Kapit, Bukit Mabong dan Belaga), Bintulu, Miri (Telang Usan) dan Limbang.

“Manakala di Sabah, seperti Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Ranau), Sandakan (Telupid dan Kinabatangan) dan Kudat (Kota Marudu dan Kudat),” maklum kenyataan itu.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

https://web.facebook.com/malaysiamet/posts/pfbid02fUCTNBEEuTp1H7h7DxESuYRk3NrU66QLAhwSP9QHhFwcjzUgPqdsCpYMFMKLa3prl

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

BACA: Pelantikan Hafizuddeain Sebagai Panglima Angkatan Tentera Ditangguh – Khaled Nordin

The post Tujuh Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi Ini appeared first on Siakap Keli.