Tujuh Pemain Warisan Terpalit Isu Dokumen Palsu, FAM Akhirnya Beri Respon Isu Didenda RM1.8 Juta Oleh FIFA

LocalFootball
27 Sep 2025 • 1:09 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia fam Harimau Malaya

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sahkan telah menerima keputusan rasmi daripada FIFA berhubung isu pemain warisan yang dikaitkan dengan pemalsuan dokumen.

Menurut laporan Kosmo, Pemangku Presiden FAM, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi menegaskan FAM bertindak telus sepanjang proses tersebut.

FIFA sebelum ini telah meneliti kelayakan pemain berkenaan dan memberikan pengesahan rasmi bahawa mereka layak untuk beraksi mewakili Malaysia.

FAM didenda RM1.8 juta, pemain warisan juga tanggung hukuman

image is not available

Dalam keputusan yang mengejutkan, FIFA mengenakan denda CHF350,000 (sekitar RM1.8 juta) kepada FAM.

Manakala, tujuh pemain warisan negara turut diarahkan membayar CHF2,000 (sekitar RM10,000) setiap seorang.

Antara pemain terbabit ialah:

  • Gabriel Palmero
  • Facundo Garces
  • Rodrigo Holgado
  • Imanol Machuca
  • Joao Figueiredo
  • Jon Irazabal
  • Hector Hevel

FAM akan buat rayuan demi selamatkan nama negara

FAM mengesahkan mereka akan membuat rayuan kepada FIFA bagi menentang keputusan tersebut.

Kami akan gunakan semua saluran perundangan bagi memastikan kepentingan pemain serta pasukan kebangsaan Malaysia sentiasa terpelihara.

Pssttt! Bola sepak bukan sekadar permainan, ia tentang integriti dan maruah negara. Pastikan setiap langkah diurus dengan telus agar tiada ruang untuk dipersoalkan.

Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.