Tujuh pendaki sesat di Bukit Broga

16 Jul 2025 • 12:15 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Tujuh mangsa yang dilapor sesat ketika mendaki Bukit Broga pada Rabu berjaya dijumpai selamat. Foto Bomba Selangor

SEMENYIH - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menyelamatkan tujuh individu selepas dilaporkan sesat ketika mendaki Bukit Broga di sini pada Rabu.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, panggilan diterima pihaknya pada jam 8.55 pagi.

Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semenyih telah dikejarkan ke lokasi.

"Komander operasi melaporkan mangsa terdiri daripada tujuh orang berusia lingkungan 20-an.

"Tujuh warga tempatan termasuk lima wanita itu berjaya dijumpai di puncak dalam keadaan selamat," katanya pada Rabu.

Tambahnya, kesemua mangsa bagaimanapun dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved