Kota Kinabalu: Tujuh pendatang tanpa izin (PTI) warga Filipina dihukum penjara oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku bersalah menggunakan pas masuk elektronik palsu dalam cubaan menaiki penerbangan ke Tawau, di lapangan terbang di sini, bulan lalu.
Mereka ialah John Rhod Arevalo Aguilar, 27, Axel Angala Orconez, 25, Jonnalyn Nano Cagod, 29, Mark Jay Reganit Salcedo, 28, Marck Lester Pangilinan Bumatayo, 32, Genesis Evaristo Miranda, 24, dan Darriane Royce Tolentino Licup, 29.
Mereka mengaku bersalah di hadapan majistret berasingan kepada kesalahan menggunakan pas masuk penerbangan AirAsia dari Kota Kinabalu ke Tawau, walaupun mengetahui ia palsu, pada 2.50 petang 18 Ogos di Balai Pelepasan Domestik, Tingkat 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.
John, Axel dan Jonnalyn yang dihadapkan di hadapan Majistret Marilyn Kelvin masing-masing dihukum penjara lapan bulan, manakala Mark dan Marck dijatuhi hukuman penjara enam bulan setiap seorang oleh Majistret Wan Farrah Farriza Wan Ghazali.
Genesis dan Darriane pula masing-masing dihukum penjara empat bulan dan tiga bulan oleh Majistret Dzul Elmy Yunus.
Kesemua mereka diperintah menjalani hukuman bermula dari tarikh tangkapan serta dirujuk ke Jabatan Imigresen selepas tamat hukuman.
Sebelum itu, pihak pendakwaan memaklumkan bahawa lima daripada mereka menyerahkan pas masuk elektronik palsu dengan kod tempahan GE9SPA kepada anggota polis bantuan Malaysia Airlines Berhad ketika pemeriksaan dokumen.
Anggota berkenaan yang curiga menahan mereka sebelum siasatan lanjut bersama pihak AirAsia mendapati tiada rekod penerbangan sah atas nama tujuh tertuduh, malah kod tempahan itu milik penumpang lain.
Ketujuh-tujuh mereka merayu hukuman ringan atas alasan keadaan hidup yang sukar dan mempunyai tanggungan di negara asal, namun pihak pendakwaan memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Akaash Singh bersama Inspektor Yusdi Basri dan Inspektor Mohamad Hamidi Mohamad Hamzah.