Tujuh PTI dipenjara atas kesalahan imigresen

LocalPolitics
1 Oct 2024 • 3:24 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Cynthia D Baga

Kota Kinabalu: Tujuh orang, masing-masing, dipenjara kerana melakukan kesalahan imigresen.

Mikail, 26, Tarul, 30, Alfian, 27, Wafa, 26, Amil, 42, Nana, 50, dan Insinius, 53, mengaku bersalah secara berasingan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Hurman Hussain, terhadap pertuduhan dihadapi mereka pada Isnin.

Mikail, Tarul, Alfian dan Wafa masing-masing dipenjara empat bulan kerana memasuki negeri ini tanpa sebarang dokumen.

Sementara itu, Amil dan Nana masing-masing dipenjara 10 bulan kerana memasuki negeri ini secara haram dan memasuki negeri ini semula selepas mereka dihantar pulang ke negara mereka.

SPONSORED CONTENT The Logg Luyang Honored with Integrated Development Excellence Award at SHAREDA 2024 Kota Kinabalu: Kota Kinabalu, 30th September 2024 – The Logg, a premier development by K.T.I Sdn Bhd, a wholly owned subsidiary of KTI Landmark Berhad., has been awarded the prestigious Integrated Development Excellence Award at the 2024 SHAREDA (Sabah Housing and Real Estate Developers Association) event. Read more Bagi pertuduhan pertama kerana masuk secara haram, Amil dan Nana masing-masing dipenjara selama empat bulan dan Amil turut diperintahkan dikenakan sebatan.

Bagi pertuduhan kedua, mereka masing-masing dipenjara enam bulan kerana memasuki semula negeri ini selepas dihantar pulang.

Mahkamah memerintahkan kedua-dua mereka menjalani hukuman penjara serentak dari tarikh mereka ditangkap.

Sementara itu, Insinius dipenjara setahun kerana tinggal di negeri ini selepas pas lawatan kerjanya tamat tempoh selama empat tahun. Pasnya telah tamat tempoh pada 14 Ogos 2020.

Mahkamah memerintahkan semua pendatang tanpa izin terbabit menjalani hukuman penjara dari tarikh mereka ditangkap.

Selepas dibebaskan dari penjara, pendatang tanpa izin itu akan dirujuk ke Jabatan Imigresen untuk dihantar pulang.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.