Tujuh remaja sesat di Bukit Maras ditemukan selamat

16 Sep 2024 • 4:35 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

KUALA NERUS, 16 SEPT: Polis mengesahkan tujuh remaja yang dilaporkan sesat ketika mendaki Bukit Maras di sini pagi tadi ditemukan dalam keadaan selamat.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata kesemua mangsa berusia 16 hingga 19 tahun itu telah ditemui dan tiba di kaki bukit berkenaan pada 1 tengah hari.

Beliau berkata enam pendaki berasal dari Terengganu iaitu Ahmad Asyraf Mohd Rohisham, Ahmad Aqil Amisyar Kamal, Muhammad Alif Afza, Muhammad Ashraf Al Imran Mohamad Puzi, Abdullah Ilyas Mohd Azhar dan Mohamad Aiman Sidek serta Nabil Nawi dari Johor.

“Polis menerima maklumat mangsa sesat semasa dalam perjalanan turun selepas mendaki bukit berkenaan. Setelah menerima laporan, sepasukan anggota digegaskan ke lokasi dan dimaklumkan oleh penduduk kampung tujuh pendaki masih belum turun.

“Polis kemudiannya berkongsi maklumat kejadian dengan Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Nerus bagi membantu pencarian. Operasi turut dibantu penduduk kampung,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Azli berkata pasukan penyelamat berjaya mengesan lokasi kesemua remaja tersebut pada 12.30 tengah hari setelah menerima panggilan daripada seorang daripada mereka yang memaklumkan telah menjumpai laluan asal pendakian.

“Ada di antara mereka memerlukan bantuan untuk turun ke kaki bukit kerana mengalami kekejangan kaki,” katanya.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved