Tujuh warga Filipina masuk Sabah secara haram kena empat bulan

LocalPolitics
13 Feb 2025 • 12:24 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Cynthia D Baga

Kota Kinabalu: Tujuh warga Filipina dijatuhi hukuman penjara empat bulan setiap seorang kerana memasuki negeri ini secara haram.

Mereka ialah Zul Albanti, Jie Sahisa, Shem Muhamad, Fhadzreyn Muhammad, Jimang Aslama @ Anjimar, Siti Ragina Bambra dan Edan Idjik.

AdvertisementHakim Mahkamah Sesyen Hurman Hussain, menjatuhkan hukuman itu terhadap pendatang asing tanpa izin terbabit selepas mereka mengaku bersalah memasuki negeri ini tanpa dokumen sah.

Kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963 itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun, atau denda maksimum RM10,000 serta sebatan jika sabit kesalahan.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Kesemua PTI itu ditahan polis di sebuah rumah kongsi di tapak pembinaan di Beaufort pada 24 Januari tahun ini selepas gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri.

Semasa mitigasi, mereka memaklumkan mahkamah bahawa mereka telah menetap di negeri ini tanpa dokumen sah selama beberapa bulan hingga beberapa tahun dan bekerja sebagai buruh.

AdvertisementWarga asing itu turut merayu agar dihantar pulang ke negara asal masing-masing secepat mungkin. Mahkamah memerintahkan hukuman penjara mereka bermula dari tarikh mereka ditangkap.

Selepas menjalani hukuman penjara, kesemua PTI itu akan dirujuk kepada Jabatan Imigresen dan data biometrik mereka akan diambil. Sementara itu, seorang lagi warga Filipina dijatuhi hukuman penjara setahun kerana tinggal di negeri ini selama tiga tahun empat bulan selepas pas khasnya tamat tempoh.

AdvertisementTeng Hj Man Kasim mengaku bersalah tinggal lebih masa di negeri ini selepas dokumennya tamat pada 21 September 2021 dan dia ditahan pada 22 Januari tahun ini di sebuah tapak pembinaan di Batu 3, Jalan Penampang.

Pegawai Pendakwa dari Jabatan Imigresen, Mohd Hairul Bona tampil untuk pendakwaan.

View Original Article