
Kota Kinabalu: Seorang tukang gunting rambut dipenjara 13 tahun dan diperintah dikenakan sekali sebatan kerana merogol anak tirinya.
Hakim Mahkamah Sesyen Noor Hafizah Mohd Salim menjatuhkan hukuman itu terhadap lelaki terbabit selepas memutuskan pihak pendakwaan berjaya membuktikan kesnya melampaui keraguan munasabah ke atasnya.
Lelaki itu didapati bersalah merogol remaja perempuan berusia 14 tahun dan enam bulan itu pukul 11 malam pada April, 2022 di sebuah rumah di Sepanggar.
Dia disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan.
SPONSORED CONTENT Electrifying windows of opportunity in Sabah - The right policies, collaborations, and strategies can turn emerging opportunities into victories for all parties in Sabah. CHIEF Minister Datuk Seri Panglima Hajiji Noor’s 2021 Hala Tuju Sabah Maju Jaya Plan and the Sabah Economic Development and Investment Authority (SEDIA) have laid out a road map to an exciting future for all Sabahans, with a target of increasing Sabah’s income levels and GDP per capita from about RM 23,000 to about RM 40,000 by 2030. Read more Mahkamah memerintahkan lelaki itu menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh dia ditangkap pada 14 Dis, 2022.
Lima saksi pendakwaan dan dua saksi pembelaan memberi keterangan semasa perbicaraan.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
