Tukang Kebun Bunuh ‘Guard’, Berang Tak Mahu Tolong Buat Persiapan Program Sekolah

15 Oct 2023 • 4:24 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang tukang kebun dipercayai membunuh pengawal keselamatan di sekolah yang sama mereka bertugas.

Pengawal keselamatan ditemui tak sedarkan diri

Memetik kenyataan rasmi dari Facebook Daerah Ipoh, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan memaklumkan yang menerima laporan sekitar jam 3.34 pagi apabila mangsa yang berusia 43 tahun ditemui tidak sedarkan diri bersandar di dinding pondok pengawal sekolah tersebut.

image is not available

Tukang kebun marah mangsa enggan bantu buat persiapan program

Susulan daripada itu, seorang tukang kebun lelaki berusia 55 tahun telah ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung kejadian berkenaan.

“Siasatan awal mendapati, suspek dipercayai membunuh mangsa kerana marah apabila mangsa enggan membantu apabila diminta untuk membuat persiapan program sekolah.

“Tangkapan dibuat dan polis berjaya merampas senjata yang digunakan suspek.

“Keputusan bedah siasat mangsa menunjukkan punca kematian disebabkan kecederaan di bahagian abdomen,” katanya.

Difahamkan, kes disiasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.