Tukang masak didakwa rogol, cabul wanita

13 Jul 2024 • 3:24 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Cynthia D Baga

Kota Kinabalu: Seorang tukang masak berusia 35 tahun didakwa merogol seorang wanita dan memasukkan jarinya ke dalam kemaluan wanita itu.

Arronny Janius mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus, atas dua pertuduhan terhadapnya.

Bagi pertuduhan pertama, Arrony didakwa merogol wanita berusia 18 tahun dan empat bulan itu, antara 2 pagi dan 6 pagi pada 12 Mei tahun ini, di dalam sebuah kereta yang diletakkan berhampiran TT Bar di Kepayan Point, Penampang.

Kesalahan mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun, dan sebat, jika sabit kesalahan.

SPONSORED CONTENT Shell awards Sabah LiveWIRE winners Kota Kinabalu: Shell has awarded five enterprises as the state winners of Shell LiveWIRE Malaysia 2024, following the Sabah state finals held at Plaza Shell in Kota Kinabalu. . Read more Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa melakukan persetubuhan terhadap wanita sama dengan memasukkan dua jarinya ke dalam kemaluan mangsa pada hari sama di dalam kenderaan sama, yang diletakkan di Taman Awam Teluk Likas, di sini.

Kesalahan mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara antara lima dan 30 tahun, dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 7 Ogos ini untuk sebutan dan tiada jaminan ditawarkan kepada Arrony sementara menunggu kesnya selesai.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajar Mazlan manakala Arrony tidak diwakili peguam.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.