Tukang rumah dihukum sebat kerana khalwat, polis tempatkan 40 anggota di masjid

LocalPolitics
25 Dec 2024 • 3:09 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Masjid Al-Muktafi Billah Shah (Masjid Ladang) yang akan melaksanakan hukuman sebat ke atas seorang tukang rumah susulan didapati bersalah berkhalwat akan diawasi oleh 40 orang anggota polis bagi mengawal keadaan dan memastikan proses berkenaan berjalan dengan lancar.

Memetik laporan dari Bernama, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor memaklumkan yang pihak polis tidak akan teragak-agak mengambil tindakan kepada mana-mana individu atau kumpulan yang cuba mencetuskan provokasi kepada petugas mahupun pesalah pada hari tersebut.

image is not available

70 orang saja boleh berada di ruangan hukuman sebat tukang rumah

Dalam pada itu, beliau menyatakan hanya 70 orang sahaja dibenarkan masuk ke ruangan hukuman dijalankan dan menasihati orang ramai yang menunaikan solat Jumaat untuk segera beredar dari Masjid Ladang selepas selesai beribadah.

Perkara itu bertujuan untuk menggelakkan sebarang sebarang perkumpulan sekali gus boleh menganggu kelancaran proses hukuman itu dijalankan.

“Hanya 70 individu saja dibenarkan memasuki ruangan tempat hukuman sebat dijalankan.

“Saya ingin menasihati orang ramai yang hadir di Masjid Ladang pada Jumaat ini supaya keluar dengan segera selepas selesai menunaikan solat Jumaat,” katanya.

Tiada sebarang rakaman dibuat sewaktu proses hukuman tukang sebat

Azli juga menyatakan bahawa tiada sebarang rakaman dibenarkan dan pihak polis akan melakukan pemeriksaan agar tiada sebarang alat elektrik atau telekomunikasi di bawa ke ruangan hukuman.

Beliau turut meminta orang ramai supaya menghormati undang-undang kerana hukuman sudahpun diputuskan oleh mahkamah.

“Sebarang rakaman tidak dibenarkan. Pihak polis akan melakukan pemeriksaan bagi memastikan tiada alatan elektronik atau telekomunikasi di bawa masuk ke ruangan hukuman.

“Hukuman telah diputuskan. Saya mohon supaya semua pihak menghormati undang-undang dan tidak melakukan kekacauan,” katanya.

image is not available

Sekadar info, hukuman tersebut akan dijalankan terhadap tukang rumah, Mohd Affendi Awang, 42, yang akan menjadi individu pertama di Terengganu dihukum dengan enam kali sebatan di khalayak ramai.

image is not available

Hukuman itu diputuskan Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu pada 20 November lalu selepas lelaki berkenaan mengaku salah atas kesalahan khalwat berulang mengikut Seksyen 31 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) Pindaan 2022 kerana berkhalwat.

Sumber: Bernama