Tukar barangan kitar semula dengan baucar beli-belah Sabtu ini

10 Sep 2024 • 12:30 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 10 SEPT: Orang ramai berpeluang menukar barangan kitar semula dengan baucar Pasaraya 99 Speedmart di Dewan Jati Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Seksyen 16 di sini, Sabtu ini.

Sisapepejal MBSA di Facebook memaklumkan orang ramai akan menerima tukaran baucar berdasarkan jumlah berat barangan pada program yang bermula 9 pagi hingga 12 tengah hari.

Kategori barangan termasuk minyak masak terpakai (5kg/RM10), kertas campuran atau buku (10kg/RM5), tin aluminium (1kg/RM5) dan tin susu atau besi (5kg/RM5).

Selain itu, plastik high density polyethylene (HDPE) dan polyethylene terephthalate (PET) (5kg/RM5) serta kotak minuman bersih dan diratakan (2kg/RM5).

Program berkenaaan anjuran Jabatan Kebersihan Awam dan Kelestarian Sisa, MBSA dengan kerjasama Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 5 Shah Alam.

image is not available

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved