Tukar Gaya Rambut, Shila Amzah Tak Benarkan Ubai Pakai ‘Skinny Jeans’ – “Saya Suka Lelaki Kemas Dan Bergaya”

13 Jun 2023 • 11:25 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Penampilan tunang kepada penyanyi Shila Amzah, Ubai semakin hari semakin matang dan segak.

Rupa-rupanya di sebalik perubahan Ubai, Shila adalah orang yang bertanggungjawab mengubah cara pemakaian tunang kesayangannya itu.

Baru-baru ini, penyanyi lagu Patah Seribu itu memaklumkan bahawa Ubai kini sudah tidak boleh memakai ‘skinny’ jeans.

Perkara tersebut turut dikongsikan Shila menerusi satu hantaran di TikTok miliknya.

Malah, Shila turut menukar gaya rambut Ubai kerana lebih suka akan lelaki yang kemas dan bergaya.

@shilaamzahofficial

Bye bye skinny jeans @Ubai Mz ?

? sonido original – yo

Saya tukar gaya rambutnya kerana memiliki visi iaitu sukakan lelaki yang bergaya dengan kemas.

Namun ujar Shila, dia tidak berniat menukar gaya Ubai kepada gaya ‘Oppa’ tetapi lebih kepada mencari pakaian yang sesuai dengan bentuk badan dan tingginya yang mencecah 184 sentimeter.

Menjengah ke ruangan komen hantaran tersebut, ramai peminat mendoakan agar pasangan itu segera bernikah dan dikurniakan kebahagiaan sehingga akhir hayat.

image is not available 2 minggu lalu

"Asalkan Dapat Nafkah, Insurans Dan Rancang Beli Rumah, Cukuplah" - Shila Amzah Tak Mahu Ubai Tertekan Kahwin Nanti

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved