Tukar Kereta Lama Kepada Kereta Proton: Kerajaan Tawar Pengecualian Cukai Jalan Selama 1 Tahun

LocalCars
16 May 2025 • 11:15 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Percaya atau tidak, kerajaan kini menawarkan insentif pengecualian cukai jalan selama setahun kepada mana-mana individu yang mahu menukar kereta lama kepada kereta baharu menerusi Program PROTON Xchange.

image is not available

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata kerajaan berperanan menyokong pelaksanaan program ini bagi meningkatkan keselamatan jalan raya dan menggalakkan mobiliti lebih hijau.

"Apabila program ini dilancarkan, orang ramai akan mula mendaftar dengan PROTON.

"Mereka memerlukan masa untuk membawa atau membatalkan pendaftaran kenderaan lama sebelum mendapatkan yang baharu.

"Oleh itu, saya menggesa pihak kementerian dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk melaksanakan mekanisme ini bersama PROTON," katanya kepada media selepas pelancaran Program PROTON Xchange, semalam.

Bagaimanapun, beliau mengakui inisiatif itu sejajar dengan matlamat Kementerian Pengangkutan untuk mengurangkan bilangan kenderaan lama di jalan raya.

image is not available

"Tiada had ditetapkan bagi insentif berkenaan kerana ia berdasarkan konsep satu lawan satu. Jika pemilik mempunyai lima kenderaan lama, mereka juga layak membeli lima kenderaan baharu menerusi program ini.

"Malah, pengecualian cukai jalan turut diberikan tanpa had, walaupun melibatkan kenderaan dengan kadar cukai lebih tinggi, asalkan ia dibuat di bawah program pertukaran ini," katanya.

Bagi yang berminat dengan program ini, pastikan kenderaan anda berusia 15 tahun atau lebih dan dalam keadaan tidak selamat digunakan.

Ia tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan seperti bukti pemilikan, mana-mana kereta sedan, kenderaan pelbagai guna (MPV), van, 4x4, lori serta bas yang memenuhi syarat tersebut layak untuk menyertai program ini.

Pemilik kenderaan perlu menyediakan Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC) bersama borang JPJK1KD bagi kenderaan baru sebagai bukti bahawa kenderaan lama mereka telah dibatalkan daripada pendaftaran oleh JPJ serta Sijil Pemusnahan (COD) yang mereka peroleh daripada Car Medic