Tukar QR sendiri, Azza Elite dedah wajah pekerja songlap duit hasil jualan kek cokelat

LocalEntertainment
23 Oct 2024 • 7:43 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon Azza Elite dedah wajah bekas pekerja songlap duit hasil perniagaannya menjual kek.

Menyingkap kapsyen hantaran Instagram selebriti tersebut, tidak mahu mendedahkan muka bekas pekerja yang telah mencuri duitnya tetapi telah digesa dan diyakinkan oleh rakan-rakannya yang lain kerana Azza Elite tidak mahu atau berani mengaibkan sesiapa.

Azza Elite dedah wajah pekerja songlap duit

Penyanyi tersebut menjelaskan kejadian mencuri duit hasil jualan kek cokelatnya itu kerana bekas pekerjanya itu telah menukar QR yang sebenar kepada QR miliknya.

Azza Elite berkata, dia diam bukan maknanya dia harus dipijak dan telah banyak memberi muka kepada bekas pekerjanya itu.

“Staff saya yang menukar QR saya pada QR beliau.

“Diam kak Azza bukanlah harus kau boleh pijak .

“Banyak kali aku bagi muka sampai…,” tulisnya di Instagram.

image is not available

Dua minggu telah berakhir

Pemilik nama Noor Azzarima Zawari berharap agar Tuhan memberikan bekas pekerjanya itu kesedaran kerana telah mengambil hak dia, keluarga dan kawan-kawan kerjanya yang lain.

Dalam pada itu, dia turut mempersoal tindakan bekas pekerjanya berbuat demikian selain menyifatkan tidak memiliki belas kasihan terhadapnya, lebih-lebih lagi dia memiliki anak yang harus bersekolah khas.

image is not available

“2 minggu telah berakhir…

“Masih lagi menanti hak aku dan kawan kawan kerja kau alif…

“Hak mak dan keluarga aku yang kau ambil. Kau tak kesian dekat adam ke alip? Kau tahu anak akak kena sekolah khas…,” tulisnya kesal.

Laporan Polis siap

Usahawan kek cokelat itu juga menyatakan bahawa dia telah membuat laporan polis, selain berharap tu tidak bersalah kerana memuat naik gambar bekas pekerjanya itu kerana mengambil kesempatan atas susah payahnya menjual kek sahaja.

image is not available

“Laporan polis dah siap.

“Kau bukan tak tahu betapa susahnya aku cari duit alip…

“Tapi kau ambil kesempatan disebalik kehebatan kau buat kerja. Kau sangat bagus tapi duit telah menggelapkan mata kau bila melihat duit kek akak. Akak meniaga kek je alip…,” jelasnya.

image is not available

Meskipun kesal dengan tindakan pekerjanya, namun dia tetap berdoa agar individu berkenaan mampu membayar balik duit hasil perniagaan kek itu dan memudahkan segala urusannya.

Sumber: Instagram Azza Elite