Tukul Thor ROG Mjolnir ini boleh bekal kuasa pada banyak alat elektrik

Technology
6 Jun 2024 • 11:04 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Di Computex 2024, salah satu produk baharu bukan berasaskan AI yang menarik ialah sebuah powerbank gergasi iaitu ROG Mjolnir. Seperti nama dan rupa parasnya, ia tentu sekali diinspirasikan daripada tukul adiwira Thor.

ROG Mjolnir ialah sebuah pek kuasa dan juga sebuah uninterrutable power supply (UPS) yang padanya mengandungi sistem bateri berkapasiti 768Wh.

image is not available

Untuk rujukan, laptop arus perdana yang biasanya anda temui dalam pasaran rata-rata mempunyai kapasiti bateri di bawah paras 100Wh. Pada segi UPS, Mjolnir mempunyai kepantasan switchover di bawah 10ms. Angka ini menyamai banyak solusi UPS terkenal lain seperti APC daripada Schneider Electrics.

image is not available

768Wh ini boleh disalurkan melalui beberapa port yang bertebaran di sekeliling badan Mjolnir pada paras sehingga 1,200W. Di atas badan Mjolnir ada 4 soket kuasa AC dan 5 port USB pelbagai jenis.

image is not available

Salah satu perkara unik Mjolnir adalah pada pemegang "tukul" ini. Ia tidaklah bercantun kepada badan Mjolnir secara kekal sebaliknya ia bercantum menerusi kuasa magnet. Pemegangnya turut berfungsi sebagai sebuah lampu suluh.

image is not available

Apabila dalam keadaan melekat pada badan, ia dicas secara wayarles dan yang lebih menarik, ia menyokong piawaian Qi 2 dan Magsafe untuk mengecas iPhone pada paras sehingga 15W.

image is not available

Walau bagaimanapun, harga dan tarikh jualan khusus ROG Mjolnir belum diumumkan. Ia dijangka akan ditawarkan kepada pengguna seawal Suku 3 2024.

Sumber: Asus

Bacaan berkaitan