Tukun tiruan pastikan sumber ikan mampan

20 Oct 2022 • 3:20 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

KUNAK: Jabatan Perikanan Sabah (Kunak) menempatkan tujuh unit tukun tiruan jenis kuboid di perairan laut dekat Pangi, di sini, menerusi Program Melabuh Tukun Tiruan Rekreasi di bawah Projek Pemuliharaan Sumber Perikanan Demersal pada Selasa.

Ketua Unit Akuakultur Jabatan Perikanan Kunak yang juga wakil penguasa perikanan, Saiful Soeradji berkata, projek tukun ini antara lain satu bentuk kempen kesedaran mengenai penjagaan habitat dan pemuliharaan sumber perikanan, dengan objektif membantu meningkatkan tangkapan ikan dan meningkatkan pendapatan nelayan tradisional dengan memastikan sumber ikan yang mampan dan berterusan.