
PETALING JAYA: Beberapa tulang dipercayai milik manusia ditemukan di kawasan rumah terbiar di Jalan Besar Tongkang Pechah dekat Batu Pahat pada Rabu lepas.
Ketua Polis Batu Pahat Ismail Dollah berkata, susulan laporan orang awam mengenai kehadiran tulang-tulang itu, pasukan forensik dari IPK Johor bergegas ke lokasi.
Di lokasi, pasukan forensik menemukan dua tulang bahagian paha, dua tulang betis dan dua tulang keting, katanya.
Tambahnya, tulang-tulang itu kemudiannya dihantar ke Jabatan Kimia Johor pada 29 Feb untuk analisis perbandingan DNA.
SPONSORED CONTENT Sabah revenue hits RM6.97 billion: Hajiji says GRS State Government may see full term Kota Kinabalu: The Sabah Government continued its momentum in managing the economy in line with the commitment and spirit of the Sabah Maju Jaya (SMJ) when it posted record high state revenue of RM6.973 billion last year. Read more “Pihak polis masih menunggu keputusan laporan analisis daripada Jabatan Kimia Johor.
“Dijangka proses analisis kimia ini mengambil masa lebih kurang sebulan,” katanya, lapor Bernama
Ismail menasihatkan orang ramai agar tidak membuat spekulasi berhubung tulang-tulang itu, dan meminta mana-mana individu yang mempunyai maklumat agar menghubungi IPD Batu Pahat di talian 07-4363300.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
