Tulang dipercayai rangka manusia ditemukan di Lebuhraya LEKAS

8 Nov 2025 • 2:29 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Tulang dipercayai rangka manusia ditemukan di lereng bukit Kilometer 24.5 Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) arah utara, baru-baru ini. Gambar hiasan

NILAI - Tulang dipercayai rangka manusia ditemukan di lereng bukit Kilometer 24.5 Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) arah utara, di sini baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Abdul Malik Hashim berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 11.35 pagi, 2 November lepas daripada pekerja pembersihan lebuh raya yang menjumpai rangka tidak sempurna di lokasi berkenaan.

"Siasatan awal di tempat kejadian mendapati terdapat beberapa tulang dalam keadaan berkelompok yang dipercayai tulang manusia.

"Tiada sebarang dokumen pengenalan diri dijumpai dan identiti mangsa masih belum dapat dikenal pasti. Hasil pemeriksaan lanjut di kawasan kejadian juga tidak menemukan sebarang unsur jenayah," katanya dalam kenyataan di sini pada Sabtu.

Abdul Malik berkata, setakat ini, tiada sebarang petunjuk dan bahan kes telah dihantar ke forensik untuk ujian makmal.

Polis meminta orang ramai yang kehilangan ahli keluarga, rakan atau mempunyai maklumat berhubung kejadian supaya tampil membantu siasatan dengan menghubungi Balai Polis Mantin melalui talian 06-7581222 atau menghubungi Pegawai Penyiasat kes Inspektor Mohd Syafiq Azmy, 018-2247743. - bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved