Tulang kambing perap terlekat pada jari kanak2, terpaksa minta bantuan bomba

2 May 2024 • 4:08 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Tular di media sosial memaparkan tulang kambing perap terlekat pada jari seorang kanak-kanak sehingga menarik perhatian.

Menerusi video berdurasi seminit tujuh saat, dilihat beberapa anggota bomba sedang mencuba untuk memotong tulang kambing yang terlekat pada jari kanak-kanak tersebut.

image is not available

Tulang kambing perap terlekat

Video dimuat naik Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Intan (BBP Teluk Intan) di TikTok memaklumkan kanak-kanak itu memakan kambing perap bagi sebuah jenama terkemuka tempatan.

Namun, entah bagaimana tulang kambing tersebut terlekat pada jarinya sehingga terpaksa mendapatkan bantuan anggota bomba bagi mengeluarkan ia.

“Anak saya akan kambing Pak Mat Western,”kongsi BBP Teluk Intan hasil daripada penerangan waris kanak-kanak itu.

image is not available

Kongsi BBP Teluk Intan, pada awalnya kanak-kanak itu kelihatan tenang sebelum mula menangis selepas mendengar bunyi mesin yang digunakan untuk memotong tulang kambing tersebut.

Meskipun berdepan dengan kesukaran, namun anggota bomba berkenaan berjaya juga memotong tulang kambing yang melekat pada jari kanak-kanak perempuan.

image is not available

Dikesempatan itu, mereka turut berseloroh dengan menyatakan kanak-kanak itu boleh meminta tajaan daripada pihak Pak Mat Western atas pengalaman unik yang dialami.

“Selesai. Pak Mat Western bolehlah sponsor adik ni sebab suka makan daging perap Pak Mat,”seloroh BBP Teluk Intan pada ruangan kapsyen hantaran tersebut.

@bombatelukintan

Selesai Pak Mat Western boleh la sponsor adik ni sebab adik ni suka makan daging perap Pak Mat

♬ Cinta Setandan Pisang – Eda Ezrin & Den Manjo

Macam mana boleh jadi? Biasanya buat cincin ‘Super Ring’ je

Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi dalam kalangan warganet di mana mereka terkejut tulang kambing tersebut boleh melekat pada ruangan jari kanak-kanak terbabit.

Mereka juga sempat berseloroh dan berkongsi pengalaman berbuat demikian, namun bukanlah menggunakan tulang kambing tetapi makanan ringan jenama Super Ring sebagai cincin.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Sumber: TikTok @bombatelukintan