Tular Aksi Berani Rembat Buah Sawit Guna Kenderaan Curi Di Lundu, Laporan Polis Sedang Dibuat

25 Aug 2022 • 2:17 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Aksi pencuri sekarang makin berani dan menjadi-jadi

Tular Aksi Berani Rembat Buah Sawit Guna Kenderaan Curi Di Lundu, Laporan Polis Sedang Dibuat. Telah tular rakaman video di laman Facebook yang memaparkan insiden kecurian di salah satu ladang sawit di Lundu.

Insiden kecurian tersebut didakwa berlaku sekitar jam 1.30 petang pada 23 Ogos 2022. Aksi berani individu tersebut bertindak mencuri pada siang hari telah berjaya dirakam oleh pekerja-pekerja di ladang sawit tersebut.

image is not available
Tular Aksi Berani Rembat Buah Sawit Guna Kenderaan Curi Di Lundu, Laporan Polis Sedang Dibuat. Sumber: FB Yolanda Rafaela Peter

Kejadian berlaku sekitar jam 1.30 tengahari

Menerusi perkongsian video milik Yolanda Rafaela Peter, difahamkan bahawa terdapat sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) jenis Triton dilihat mencuri buah sawit di ladang sawit milik sebuah syarikat perladangan di Sungai Gawea, Kampung Stungkor Baru Batu 18 Jalan Bau Lundu.

Lihat video di bawah:

https://www.facebook.com/1422870349/videos/pcb.10222029936963811/606548537693922

Dapat dilihat dari video tersebut, sekumpulan pekerja ladang mencuba untuk menghalang laluan kenderaan Triton terbabit namun pencuri tersebut mengundur dengan menggunakan kenderaan tersebut dan menggunakan laluan lain untuk melarikan diri.

Didakwa kenderaan yang diguna suspek adalah kenderaan curi

Individu tersebut turut menanggalkan nombor plat kenderaan tersebut agar tidak dapat dikesan. Dipercayai bahawa kenderaan yang dipandu individu tersebut adalah kenderaan curi.

Menerusi ruangan komen, pemilik kenderaan tampil dan menjelaskan bahawa kenderaan yang digunakan suspek tersebut didakwa kenderaan miliknya yang telah hilang dan disyaki dicuri sejak 19 Ogos 2022.

Pemilik minta orang ramai turut memberi kerjasama

Dalam perkongsian tersebut, pihak pemilik ladang tersebut turut meminta orang ramai untuk memberi kerjasama orang ramai untuk memberi info agar pihak mereka dapat membuat laporan pihak polis.

Lagi berita terkini anda boleh klik pautan di bawah: