Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sejak semalam (19 Oktober), tular di laman Threads sebuah video dari TikTok Live menunjukkan Ketua Aktivis Surplus, Sophian Mohd Zain bersama rakan aktivis yang lain sedang menyerbu sebuah kedai ayam mentah di Pasar Pudu, Kuala Lumpur.
Apa yang mengejutkan, dia mendakwa sebuah premis kedai ayam di sana menjual ayam bangkai yang tidak disembelih kepada para pembeli.
Aktivis Dakwa Pembekal Jual Ayam Bangkai, Gesa Pihak Berkuasa Jalankan Siasatan
Dalam video sama, kelihatan Sophian mengangkat dua ekor ayam yang dakwanya tidak disembelih dari tong penyimpanan ayam di pasar berkenaan.
Justeru, dia menggesa pihak berkuasa untuk menyiasat perkara itu dengan lebih lanjut.
“Manusia ni buat kerja kurang ajar biadab tuan-tuan. Ini (ayam) kita makan bangkai sebenarnya. Kita minta pejabat agama dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), pihak autoriti datang sini, sita kedai ni,” dakwanya.
‘Rakyat Malaysia Kena Ambil Sijil & Kurus, Warga Asing Senang Kerja’ – Aktivis
Sophian dalam masa sama mempersoalkan rakyat Malaysia yang perlu mendapatkan sijil pengendalian makanan dan kursus sembelihan namun mendakwa pekerja warga asing boleh melakukan sewenang-wenangnya.
“Ohh rakyat Malaysia kena ambil sijil, kursus, buat semua. Kita rakyat Malaysia kena ikut semua undang-undang tetapi warga asing datang, senang kerja,” kata Sophian bersama kumpulannya.
Dakwanya, ketika melakukan penyerbuan, pekerja kedai ayam tersebut telah melarikan diri.
View on Threads
Aktivis Dakwa Pekerja Rendam Ayam Hidup Dalam Air Panas Hingga Mati Sebelum Dijual
Menerusi sebuah lagi video, Sophian mendakwa ratusan ribu ayam yang dijual oleh pembekal itu pada setiap hari tidak disembelih mengikut syariat dan dengan cara tidak sepatutnya, sebaliknya ayam yang masih hidup direndam dalam air panas hingga ia mati sebelum dijual kepada pembeli.
Dalam video berkenaan, kelihatan beberapa ekor ayam yang telah mati direndam dalam tong besar berisi air.
Sementara itu, dia menggesa agar lesen perniagaan pembekal tersebut dibatalkan dan bertanggungjawab atas kesalahan tersebut.
View on Threads
Video dipercayai cara pemotongan tersebut turut tular di laman Threads.
Kami akan mengemaskini artikel ini sekiranya terdapat perkembangan baharu mengenai isu tersebut.
Ramai Bimbang Tentang Dakwaan Kedai Di Pasar Pudu Jual Ayam Bangkai
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai mulah meluahkan rasa resah dan bimbang sekiranya benar semua dakwaan mengenai ayam bangkai tersebut.
“Warga tempatan nak berniaga bukan main susah lagi. Nak kena ada lesen, lesen majlis, typhoid, sijil pengendalian makanan, sijil penyembelihan, sijil halal dan banyak lagi la. Selagi tak ada tu memang susahlah nak berniaga.
“Tapi diorang ni senang-senang je buka perniagaan dengan tak ada Prosedur Operasi Standard (SOP). Macam mana Malaysia nak maju kalau cash flow bocor dekat diorang-diorang ni,” kata seorang lelaki.
Sementara itu, ada yang mendakwa itu merupakan realiti sebenar di sesetengah pasar basah di Malaysia.
“Alhamdulillah ramai dah terbuka mata realiti yang ada dipasar, lambakan ayam yang ada tidak disembelih benar bahkan diseksa dilemaskan tanpa penyembelihan dan kerana itu hati-hati kita semua semakin susah menerima kebaikan mahupun nasihat kerana makanan tidak halal,” dakwa seorang individu.
Berikut antara komen-komen netizen:
![Image from: Tular Aktivis Dakwa Pekerja Warga Asing Jual Ayam Bangkai Tak Sembelih Di Pasar Pudu KL, Ramai Gesa JAKIM Jalankan Siasatan [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/dakwaan-ayam-bangkai.jpeg)
![Image from: Tular Aktivis Dakwa Pekerja Warga Asing Jual Ayam Bangkai Tak Sembelih Di Pasar Pudu KL, Ramai Gesa JAKIM Jalankan Siasatan [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/dakwaan-ayam-bangkai-2.jpeg)
![Image from: Tular Aktivis Dakwa Pekerja Warga Asing Jual Ayam Bangkai Tak Sembelih Di Pasar Pudu KL, Ramai Gesa JAKIM Jalankan Siasatan [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/dakwaan-ayam-bangkai-3.jpeg)
![Image from: Tular Aktivis Dakwa Pekerja Warga Asing Jual Ayam Bangkai Tak Sembelih Di Pasar Pudu KL, Ramai Gesa JAKIM Jalankan Siasatan [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/dakwaan-ayam-bangkai-4.jpeg)
![Image from: Tular Aktivis Dakwa Pekerja Warga Asing Jual Ayam Bangkai Tak Sembelih Di Pasar Pudu KL, Ramai Gesa JAKIM Jalankan Siasatan [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/dakwaan-ayam-bangkai-5.jpeg)

