Tular Aktiviti Perah Air Limau Pada Mata Pesilat, Doktor Kongsi Risikonya [Video]

LocalHealth & Fitness
22 May 2025 • 11:23 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Secara umumnya, terdapat pelbagai jenis aktiviti atau seni mempertahankan diri di Malaysia. Antara yang paling popular dan sering menjadi ikutan adalah Taekwando, Muay Thai dan Silat.

Apabila sebut tentang silat, ia merupakan satu seni mempertahankan diri dan warisan yang sangat berharga yang perlu rakyat Malaysia khususnya orang Melayu pertahankan.

Malah, terdapat lebih 500 perguruan silat yang aktif di Malaysia antaranya seperti silat cekak, silat gayung dan silat lincah.

Namun, ada segelintir individu yang berpandangan negatif tentang silat hingga ada yang mempersoal cara dan amalan dalam seni mempertahankan diri itu.

Perah Air Limau Dalam Mata Pelajar

Baru-baru ini, tular di media sosial video seorang pelajar silat diperah air limau ke dalam matanya.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @waz1f, kelihatan pelajar lelaki berkenaan terbaring manakala seorang individu memerahkan air limau terus ke mata pelajar terbabit.

Dapat dilihat pelajar tersebut membuka dan menutup matanya sewaktu perahan air limau mula turun.

Apa yang menjadi perhatian adalah perahan air limau itu difahamkan untuk menguatkan badan serta meyakinkan diri peserta untuk menjadi pesilat yang bagus.

“Benda yang paling ditakuti jadi pesilat, kena perah limau nipis di mata, untuk menguatkan badan dan meyakinkan kita untuk menjadi pesilat yang bagus dalam dunia dan akhirat,” tulis pemilik video berkenaan.

Tonton video penuh [DI SINI]

Perah Limau Salah Satu Aktiviti Dalam Majlis Berlimau

Difahamkan, kegiatan memerah air limau ke dalam mata merupakan antara aktiviti dalam majlis berlimau yang dianjurkan oleh seni mempertahankan diri itu.

Malah dapat dilihat, selain perahan air limau, pelajar juga turut membuat bayaran ketika majlis tersebut.

Menerusi perkongsian berasingan, dapat dilihat seorang pelajar bersalam dengan seorang individu sambil memegang sampul duit ke dalam tangannya.

Tonton video penuh [DI SINI]

Ramai Persoal Tindakan Perah Air Limau Ke Mata

Video yang telah mendapat lebih sejuta tontonan dan turut dikongsikan di Threads itu nyata mendapat perhatian pengguna media sosial.

Mengintai ke ruangan komen, masing-masing mempunyai pendapat tersendiri mengenai aktiviti tersebut.

Ramai yang gusar dan mempersoal tindakan memerah air limau yang dilihat boleh membahayakan individu.

Namun ada yang berpendapat, ia adalah salah satu amalan yang diamalkan dalam majlis yang dikenali sebagai perlimau tapak.

Apa Itu Majlis Perlimau Tapak?

Memetik Berita Harian, majlis perlimau tapak adalah satu upacara untuk menerima kemasukan ahli baru dengan menerapkan beberapa syarat antaranya seperti lafaz ikrar janji setia selain melalui proses adat yang simbolik dengan orang Melayu.

Jelas Setiausaha Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia (PSSPGM), Samsun Putra Raja Abdul Majid, ahli perlu menyediakan beberapa bahan asas antaranya seperti limau, sintok, asam jawa, garam, bertih, beras dan pisang dan kesemua bahan ini akan digunakan untuk proses mandi tapak.

“Semua ahli akan berdepan Guru Utama, Datuk Raja Abdul Majid Md Isa dan membaca beberapa ayat suci al-Quran iaitu surah Al-Fatihah, Al-Ikhlas, Al-Lahab, selawat ke atas nabi dan seterusnya beramai-ramai mengikut lafaz ikrar.

“Inilah yang paling utama kerana ikrar itulah sebenarnya proses penting menerima ahli baru.

“Ahli perlu berjanji mengaku taat setia sebagai anak Gayong kepada Allah, agama, Raja-Raja Melayu, pemimpin, guru, ibu bapa dan sesama ahli,” katanya yang dipetik daripada Berita Harian.

Namun, kami tidak dapat memastikan sama ada cara tersebut sama dengan majlis perlimau tapak yang biasa dilakukan oleh pesilat gayong yang lain.

Bahaya Letak Air Perahan Limau & Lemon Pada Mata

Pun begitu, dari sudut kesihatan, perbuatan meletakkan air limau pada mata sebenarnya boleh mendatangkan bahaya kepada individu.

Seorang doktor perubatan, Dr Muhamad Hazwan bin Nazri atau lebih dikenali sebagai Dr1Share di YouTube miliknya menjelaskan, perbuatan memerah air limau boleh menyebabkan kecederaan pada mata (chemical eye injuries).

Ini kerana limau nipis bersifat asid dengan pH 2.0 hingga 2.3 yang boleh disamakan dengan bahan kimia berbahaya yang lain.

Tambahnya lagi, meletakkan air perahan limau pada mata boleh menyebabkan kornea terhakis dan menipis malah lebih teruk boleh menyebabkan ulser pada kawasan kornea dan jangkitan bakteria.

Seorang lagi doktor perubatan, Dr Shazwani Azeera di TikTok miliknya turut menjelaskan perkara sama seperti Dr Wan di mana air perahan limau dan lemon mempunyai asid sitrik yang mempunyai pH 2.0 hingga 2.6 yang bersifat sangat berasid.

“Mata kita pula kornea mempunyai pH neutral, iaitu 7.0 hingga 7.3. Dengan meletakkan benda berasid ke dalam mata boleh membuatkan kornea kita terbakar, sakit, kemerah-merahan.

“Dalam jangka masa yang panjang, boleh menyebabkan kerosakan pada kornea dan mata, penggunaan yang berpanjangan boleh menyebabkan kebutaan,” jelasnya.

@wanieazeera

Replying to @songlakkk perah limau atau lemon ke dlm mata TIDAK buat mata terang #fyp #foryoupage #berandatiktok #medical #emergency

♬ original sound – Shazwanie Azeera – WanieAzeera

Tonton video penuh [DI SINI]

Ini antara komen menarik pengguna media sosial:

“Ilmu Silat Tu Tinggi Tapi Perah Limau Bukanlah Perkara Berilmu”

image is not available

“Ya Allah Seramnya, Serius La Silat Macam Tu?”

image is not available

“Aku Yang Tengok, Aku Yang Pedih”

image is not available

“Dalam Pusaka Gayong Pun Ada Perlimau Tapak Ini Tapi Bila Nak tunjuk Pada Umum Sertakan Penerangan”

image is not available

“Bahaya, Boleh Kena Jangkitan & Ulser Pada Kornea Mata, Kornea Rosak, Asid Tinggi”

image is not available

“Saya Dah Belajar Silat 4 Tahun, Setakat Ini Tak Pernah Dengar Lagi Amalan Ini, Mungkin Dia Adat Terpencil (Tak Ramai Diamalkan)”

image is not available

Source:

View Original Article